Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Takziah..Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung







Korang minat tak dengan pelakon Jackie Chan? JR suka cara dia berlakon dalam babak-babak aksi yang seringkali diselangi dengan adegan lucu. Dan hari ini, Jackie, 56 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung. Takziah kepada keluarga Jackie Chan!!

Seperti kata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, "Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Sebelum ada peminat filem kungfu yang menitiskan air mata atau pengsan mendengar berita kematian Jackie, baca seterusnya berita ini:

NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.

(Sumber: star online)

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment