Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Kereta Besar, Hutang Besar, Akhirnya Tinggal Seluar



Memang seronok punya kereta besar yang baru. Hati rasa megah..gah..apa lagi bila jiran-jiran pun buka mata tengok kereta baru yang berkilat dan sarung kusyen pun masih belum dibuka itu...

"Kereta baru ke? Berapa harga?" tanya jiran bernama A.

"Murah ajer...," jawab kita...buat-buat merendah diri, "Ada la dalam RM130,000 lebih.."

"Eh, mahal tu, kalau aku pasti tak mampu...kau lain la, banyak duit," puji pula jiran B. Hidung kita apa lagi, kembang kempis dipuji begitu.

"Eh, berapa kau bayar sebulan..tentu mahal kan kalau harganya RM130,000?" kata pula jiran C.

"Tak la mahal sangat..boleh lah...cuma RM1,600 ajer sebulan," kita pun jawab bersahaja sambil tersenyum bangga dengan pujian jiran-jiran.

"RM1,600 sebulan kau kata tak mahal? Tapi tak pa lah, gaji kau RM10,000 sebulan, lain la aku, mampu pakai proton cabuk ajer'" ujar jiran A.

Bayar hutang kereta RM1,600 sebulan dia kata tak banyak? Gaji pun cuma RM4,000 sebulan, boleh dia kata RM1,600 tak banyak? Nak bayar hutang rumah lagi yang lebih RM1,000 juga sebulan, bayar bil air, api, telefon, susu budak, kos bawa budak sakit ke klinik, cukai pintu, cukai tanah, mekap bini, bla...bla...bla...akhirnya apa yang tinggal di hujung bulan? 

Yang tinggal hujung bulan zero! Tak cukup duit mula pinjam bini, tak cukup lagi pinjam kawan kat ofis, tak cukup juga mula lah ansuran kereta tak bayar. Dan akhirnya kerana tak bayar hutang, bank mula cari, tak dapat bayar juga bank bawa ke mahkamah...dan jika masih tak boleh bayar juga bank akan isytiharkan:

MUFLIS!!!


Sebenarnya gara-gara pakai kereta, ramai yang muflis..Mengikut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam telah diisytiharkan muflis  akibat  pembelian kereta tanpa deposit.

“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank. Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,” kata Omar seperti yang JR baca dalam Kosmo hari ini..

Kata Omar lagi, selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus). Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000 setiap orang.

l
l



























Kereta dah tak ada...termenung lepas diisytihar muflis...


Alamak, banyaknya hutang: RM50,000 hingga RM500,000 setiap orang...patutlah muflis!! Lepas diisytiharkan muflis, apa yang tinggal? Tak ada apa yang tinggal, yang tinggal cuma mungkin seluar...seluar dalam!! Bini yang cantik molek tu pun silap-silap haribulan mungkin lari dengan anak-anak sekali...sapa nak bersuamikan lelaki bangkrap macam tu?

Itulah yang seronoknya bila punya kereta baru yang besar...kereta besar, hutang besar, tapi akhirnya yang tinggal cuma seluar (seluar dalam)!!

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment