Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Deja Moss, Kenapa Ko Tak Beradab Sangat?



"Deja Moss, kenapa ko tak beradab sangat?". Sebenarnya itu bukan kata-kata JR. Buat apalah JR nak katakan begitu. Lagi pun Deja bukan kenal JR pun. JR pun bukan ada alasan nak naik geram padanya....

Yang berkata begitu, yang amat-amat-amat geram kepada Deja Moss ialah aktres jelita ni...Farahdhiya:




PETALING JAYA: Pelakon jelita Farahdhiya menyifatkan penyanyi Deja Moss merupakan seorang pelakon senior yang tidak layak untuk dihormati.

Ini berikutan kejadian pada pementasan teater Terima Kasih Cinta (TKC) Sabtu lalu di mana Deja Moss telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan. Bagaimanapun, Deja Moss dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut.

Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.
Deja Moss


"Kebetulan pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya dan saya tanya pada dia, siapa yang beri bunga itu? Dan Deja kata, “saya yang beri”. Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka Deja memberikannya untuk saya. Kemudian, bila saya dan Norish berehat di bilik bersama, tidak sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil jambangan bunga itu semula kerana ia bukan milik kami."

"Tak ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnya saya tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya malu melihat diri dia yang berkelakuan seperti kanak-kanak. Saya tak sangka dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu. Memang sejak kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu menegur dia," tegasnya yang dihubungi mStar Online.

"Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai TIDAK BERADAB. Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita selalu akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami berdua, Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan kepada saya." (Sumber: Star Online)

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment