Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Jahat Sangat Ke Kastam Malaysia Wahai Bang Kosmo?


Hari ni JR baca Kosmo..bukan Kosmo Online, tapi akhbar Kosmo dlm bentuk newspaper. JR teerkejut dengan tajuk tak senonoh nie:





























Mengapa tajuknya gitu, bang editor Kosmo? Mengapa tajuknya "Kastam Belot Wangt Negara"? Jahat sangat ke Kastam tu? Bila Kosmo sebut "Kastam Belot Wang Negara", itu bermaksud Kastam Diraja Malaysia memang kerjanya ialah membelot wang negara. Semua pegawai dan staf Kastam memang jahat!!!

Sedang cerita sebenar ialah mengenai sepasang suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan rasuah. Ratusan ribu ringgit wang ditemui di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang dipercayai jumlah sebenar ialah berbilion ringgit di mana si-suami adalah berpangkat Datuk.

Tengok tu, hanya kerana dua orang pegawai Kastam belot wang negara, seluruh Jabatan Kastam dipersalahkan. Teruknya akhbar buat berita!! Mengapa tak tukar tajuk lain yang lebih molek misalnya:

"Suami Isteri Pegawai Kastam Lari Wang" atau
"Pegawai Kastam Pangkat Datuk Songlap Wang" atau
"Suami Isteri Kastam Lari Wang" atau
"Bilion Ringgit Wang Lesap Dilari Suami Isteri"

Banyak lagi tajuk sebenarnya yang boleh dipilih. Yang bersalah ialah individu, bukan jabatannya, mengapa seluruh agensi dipertanggung jawabkan?

Tapi memang dasar akhbar ialah membuat berita sensasi untuk melariskan jualannya. Cuma JR tak pasti sama ada jika ada staf JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang rasuah, Kosmo akan berani tulis tajuk, "Perdana Menteri Belot Wang Negara"? Berani ke Kosmo tulis tajuk begitu??

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment