Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Aneh Bin Ajaib: Anjing Mati Selepas Menggigit Lelaki Tua

Lu San menunjukkan kecederaan kaki yang digigit anjing

Pelik!!  Aneh bin ajaib!!!
 
Seekor anjing didapati mati secara misteri selepas menggigit seorang lelaki yang berusia 70-an di sebatang jalan di Yunan, China. Menurut mangsa anjing tersebut, Lu San, seekor anjing hitam tiba-tiba mengigitnya ketika dia sedang bersiar-siar di Pekan Etnik Yao.
  
Mereka yang mendengar jeritan Lu San berjaya menangkap anjing itu lalu mengikatnya di sebatang pokok. Tapi mereka yang berada di tempat kejadian terkejut apabila anjing itu mati 30 minit kemudian.
 
Orang ramai kemudiannya memanggil polis untuk mengenal pasti pemilik anjing itu.
 
Selepas diperiksa, pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada anjing itu yang menyebabkan kematiannya. Dalam pada itu, Lu San yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki kanannya telah diberi rawatan pencegahan penyakit bawaan anjing.

Sehingga kini pemilik anjing itu masih belum ditemui.

Yang menghairankan JR ialah mengapa anjing itu pula yang mati?? Tiba-tiba JR teringat kisah seorang model Israel yang payudaranya telah digigit oleh seekor ular seperti yang pernah JR siarkan dalam entry di blog ini dua minggu lepas. Seperti nasib si-anjing ini, ular itu juga mati selepas menggigit model Israel itu...

(Sumber berita asal: asiaonenews)

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment