Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

Pelajar Malaysia Mengharumkan Nama Negara Dengan Melucah Di Hong Kong





Ish...ish..ish..memang orang Malaysia ramai yang suka melucah? Ketika orang dewasa sibuk bercerita pasal video lucah dan jam Omega, budak-budak pula melucah dalam kawasan sekolah. Malah perangai melucah ni dibawa hingga ke luar negara.

Baca berita dari Hong Kong ni...pelajar Malaysia mengharumkan nama negara dengan aktiviti melucah di luar negara. Pasti ramai yang bangga, terutama pengedar video lucah di Malaysia:

Seorang pelajar Malaysia berusia 17 tahun didapati bersalah memuatnaikkan foto bogel rakan sekolahnya di internet.

Hakim Mahkamah Majistret Kowloon City, Hong Kong menjatuhkan hukuman kepada Luke Thomas Pickering untuk menjalani tempoh percubaan selama 18 bulan kerana menggunakan komputer dengan cara yang salah. 
 
Berdasarkan fakta kes, Pickering pelajar di  Australian International School Hong Kong telah  merakamkan video seorang pelajar perempuan satu sekolah dengannya dalam keadaan bogel dalam kejadian yang berlaku pada 1 Julai 2009. Dia kemudiannya meminta HK$2,000 (RM784) daripada mangsa. Walaupun si mangsa membayar separuh daripada jumlah yang diminta, Pickering tetap memuat naik gambar bogel mangsa ke internet.
 
Selain dikenakan hukuman menjalani tempoh percubaan selama 18 bulan, mahkamah juga mengarahkan Pickering membayar HK$13,000 (RM5,062) kepada pelajar itu yang dicederakannya di luar pagar sekolah..


(Sumber: The Daily Chilli)

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment