Hi

Welcome To Anak SMP Blog

ini hanya sekedar Blog Anak SMP
harap maklum yaaa
Let's Go Blog

6ixth Sense Dah Jadi Jutawan..Tahniah!!


Beruntungnya jadi pemuzik...tak perlu tunggu usia 30-40 tahun sudah boleh bergelar jutawan!!

JR sangat suka bila ada pemuzik kita yang bergelar jutawan. Itu menunjukkan untuk berjaya dan kaya  tak perlu jadi tokoh korporat, tak perlu juga jadi Yang Berhormat yang sumber wangnya selalu dipersoal. Jadi pemusik pun boleh kaya dan kekayaan pasti tak datang menggolek. Itu pasti hasil kerja keras mereka, jika tunggu melalak saja tanpa usaha tentu tak ke mana. 

JR memang suka lagu-lagu 6ixth Sense terutama suara vokalisnya Adi yang begitu memukau. Kepada 6ixth Sense, tahniah kerana telah berjaya jadi jutawan!!



6ixth Sense
 
Baca selanjutnya: 
KUALA LUMPUR: Kumpulan 6ixth Sense berjaya menjual lagu-lagu dalam album Tambah Tolak Darab Bahagi secara digital di mana sebanyak 1 juta lagu telah dimuat turun.

Menurut vokalisnya, Adi Priyo Sambodo, 27, setiap lagu dijual pada harga RM3 dan dianggarkan lebih RM3 juta berjaya dikutip hasil jualan muat turun lagu daripada album tersebut.

Selain Adi, kumpulan yang popular dengan lagu Tanpa, Menyesal, Khatimah Cinta dan Hari Ini Dan Semalam itu turut dianggotai oleh Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie-gitar utama), Shahrul Effendy Sha’ri (gitar kedua), Muhammad Fairos Ramli (Ayoy-bass) dan Mohamad Safwan Hasnan (Wan-drum)

Malah kemenangan sebagai Artis Mobile Terbanyak di Shout Awards 2010 menerusi lagu Tanpa dan Artis Mobile Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 seolah-olah membuktikan tentang kejayaan muat turun lagu mereka.

Bukan itu sahaja, anugerah Artis Duo/ Berkumpulan Popular di ABP 2010 yang dimenangi 6ixth Sense baru-baru ini juga menunjukkan mereka semakin mendapat tumpuan ramai.

“Kami bersyukur dengan kejayaan sebelum ini dan rasanya belum terlambat untuk menerima anugerah atas ‘tiket’ popular selepas enam tahun berada dalam industri seni. Sebolehnya, kami tidak mahu terlalu cepat ‘naik’ kerana bimbang akan cepat ‘jatuh’ kemudian hari. Kalau boleh, kami nak kekal diminati disebabkan karya-karya yang dihasilkan oleh 6ixth Sense. Kami rasa kelainan muzik gabungan dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang menjadi kelebihan untuk peminat,” ujar Adi dan Gjie dalam satu sidang media ketika majlis kesyukuran 6ixth Sense yang julung kali diadakan oleh kumpulan itu.

Majlis sempena meraikan kejayaan kumpulan tersebut di ABP 2010 yang lalu diadakan di restoran Shazana Pau Shop & Café di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, Selasa.

(Sumber Star Online)

Share this:

ABOUTANAk SMP

Hello Friend Blogger everything, nice to know you. It is simply Blog CHILDREN junior high school, please Understandably still Caca Ruca. Visits on Friends All pronounced Thank Much...

Loading...

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment